Friday, January 1, 2016

salam perkenalan.

Assalamualaikum.

Apa kaba semua? entri ni entri baru slps 3 tahun x post apa2 entri. satu jangka masa yang lama tu. bukan sebab apa, cuma dah malas nak tulis sebab ketandusan idea.huhu..but bila tiba hari ni bersempena dengan tahun baru ni, rasa mcm nak menulis something.  apa yang aku nak tulis?...............
















ok. alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas tika ini. now,dh lanjutkan pelajaran di peringkat ipt. Alhamdulillah bersyukur sgt2. dugaan juga masa dapat keputusan upu hritu. apa2 pun Allah knows what the best for me while i'm not. masuk ipt berjumpa dgn kawan2 baru yang super awesome(kawan/sahabat lama tetap dihati). terima kasih kerana menceriakan hari2 ku. bulan 9 daftar masuk. memang best waktu orientasi tu.sangat santai dan xde push2 kiteorg sgt..alhamdulillah. everything going smoothly in the uni. 








ujian Allah tiada sapa boleh sangka but kena igt yang ujian itu tanda Allah sayang dan tanda iman kita kepada Rabb kita. bestkan sbb Allah masih sayang kan kita walaupun kita sering x tepati taubat kita kepadaNya? itulah bukti Allah bersifat ar-rahman. segala bentuk nikmat yang diberikan Allah pada kita memang tidak terkira. apabila diuji, mungkin kita 'jatuh' atau mungkin 'rebah tersungkur'. tapi jangan lupa untuk bangkit smula dan gagah berdiri menghadapi ujian yg dihadapi. sebab apa? sebab Allah mengingatkan kita supaya jangan berputus asa dengan rahmat Allah. sayangnya Dia dekat kita bukan? jadi, jom kuat sesama. mohon kekuatan dariNya dan pertolonganNya.


Allah berfirman yang bermaksud: 
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-0rang yang khusyu'(iaitu) orang2 yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"
( surah al-Baqarah 2:45-46)

so, la tahzan rabbuna ma'ana.yang penting kita yakin Allah akan tolong kita dan disamping tu,perbaiki amalan kita kepadaNya.mungkin ujian yang Allah beri ini sebagai kafarah dosa kita. akhir kalam, moga Allah terus beri kekuatan kepada kita semua untuk thabat dalam ketaatan padaNya . for those yg tengah diuji dengan pelbagai ujian, be strong and tough. Allah selalu ada cuma kita yang lupa . lupa yang masih ada harapan serta ruang dan peluang untuk kita kembali padaNya.
:)







Friday, April 6, 2012

IMAN SENIPIS KULIT BAWANG..renungkanlah..

ASSALAMUALAIKUM
Salam ukhuwah buat semua pembaca blog yang penuh kesederhanaan ini. sebenarnya teman bukan orang yang berilmu sgt..teman hanya ingin berkongsi dengan korang tentang title diatas hasil pembacaan teman dalam majalah Al-ehsan..teman ambil tajuk utama dia sebab memang menarik sangat iaitu iman senipis kulit bawang..menarik bukan?teman pasti mesti korang  x pernah tahu pon pasal majalah ini atau ade yang sudah lihat pun..ha..jadi post kali ini teman akan ambil sedikit info dari majalah ni sebagai renungan kita semua..dan semoga ia mendatangkan manfaat..ameen..

firstly,apa yang dimaksudkn dengan iman? iman ialah pengakuan atau ikrar dengan lisan,membenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan amalan zahir. dengan kalimah syahadah yang membawa maksud "aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH" maka sudah terletak dibahu kita satu tanggungjawab besar sebagai seorang muslim lalu kita membenarkan kalimah syahadah ini didalam hati dan seterusnya ditunjukkan dengan melakukan apa yang ALLAH suruh dan meninggalkan segala apa yang ditegah olehNYA.
   
iman kita sering berubah-ubah.sekejap up sekejap down.memang banyak dugaan yang ALLAH hadirkan kepada kita hanya untuk menguji tahap keimanan kita.jika kita banyak bersabar maka akan bertambahlah iman kita.tapi masalahnya ramai yang mengeluh apabila ALLAH timpakan ujian keatasnya termasuk teman.hehehe..so,jgn contohi teman.contohilah mereka yang kuat imannya,kuat sabarnya dll..sebenarnya teman nk bagi maksud dalil yang ada kaitan dengan iman tapi dh lupa mksdnya..asif jiddan..

teman teringat akan sahabat-sahabat Rasulullah yang teguh imannya,teguh keyakinannya terhadap ALLAH seperti Abu Bakar As-Siddiq,Umar Al-Khattab..subhanallah..betapa kuatnya iman mereka jika hendak dibandingkan dengan iman kita yang hanya senipis kulit bawang...yang goyah apabila diuji..

akhir kata..kita sebagai umat akhir zaman lagi banyak cabarannya.jadi, kita kena mempertingkatkan keimanan kita dengan melakukan ibadat fardhu mahupun sunat semata2 kerana ALLAH..nilailah iman kita dengan sebaik mungkin.teman minta maaf atas segala kesilapan teman dalam berbicara mengenai iman.teman menghuraikan perkara ini mengikut apa yang teman sudah pelajari.segala kekurangan dan kekhilafan datangnya dari teman dan segala yang baik datangnya dari ALLAH..

"YA ALLAH,LINDUNIGILAH KAMI HAMBAMU YANG LEMAH
INI.SESUNGGUHNYA HANYA KEPADAMU KAMI MEMINTA
PERTOLONGAN"
AMEEN..

may ALLAH bless all of you 

sekiranya ada sebarang kesalahan mohon ditegur...
jika korang semua hendak memberi pandangan dan pendapat serta mahu menambah amat dialu2kan..
sekian,wassalam.

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah :)

ASSALAMUALAIKUM.

rasenye dah lama tak mengepost something kat blog nih..dh lama bersawang..hehe...
ok. kembali ke title asal..salam maal hijrah..kenapa dengan title nih? 
ha...mungkin semua dah tahu yang esok merupakan tahun baru bagi seluruh umat islam..alhamdulillah..akhirnye kite masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan menjadi seorang khalifah di muka bumi ni..so,kite kene gunekan peluang ni untuk perbaiki diri kite dari semasa ke semasa..tingkatkan tahap keimanan kite kepada ALLAH..tingkatkan amalan kebajikan kite...dan sebagainya dalam mencari keredhaan ALLAH ..hrmm...sebenarnya hidup ni hanye dengan satu tujuan..iaitu..mencari redha ILLAHI..dengan mendapat keredhaan ALLAH hidup kite insya'ALLAH akan diberkati..
semoga segala amalan kebaikan yang kite lakukan sepanjang thun ini akan mendapat tempat disisiNYA..
di kesempatan ini juga teman nak mintak maaf dekat korg smue..maafkan segala kesalahan teman sepanjang korg membaca blog ni seandainya ade yg kurang senang..tersalah taip.. :)
sebelum mengundur diri nih nk bagi serangkap pantun..

assalamualaikum pembuka bicara,
salam dihulur buat korg disana,
sambutan maal hijrah disambut penuh ceria,
semoga maal hijrah kali ini membawa seribu makna.

maaf..teman x de lah pandai sgt berpantun nih..hehe...saje suke2 buat pantun sempena maal hijrah nih...

korg nk thu x makne doa akhir tahun?penuh bermakna maksud doanya..jom same2 kite hayati maksudnya.......

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


ok..setakat nih jela..semoge post kali memberi manfaat pade korg..
p/s:diri ini hanya insan biase yang x terlepas dri melakukan dosa..


"SALAM MA'AL HIJRAH"

WASSALAM.


^_^







Saturday, August 20, 2011

ALLAH MENGUJI KITE KERANA DIA AMAT MERINDU UNTUK MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA KEPADANYA.

SUBHANALLAH...............

(^_^)

Thursday, July 28, 2011

ASSALAMUALAIKUM...

hye smue.smoge berade dlm keadaan yg sihat serta dibawah perlindunganNYA.
sempena bulan ramadhan yg bakal menjelma sekejap je lagi..
disini teman mengambil kesempatan utk mengucapkn 
selamat berpuasa 
smoga ramadhan kali ini penuh makna buat kite.
teman juge igtkn diri teman dan korg smue
lkukanlh sglenya dgn penuh keikhlasan.
di dalam bulan puasa juge,kite same2 dpt
mendidik diri kite mnjdi seorang yg sabar.
puasa juge tnde keadilan ALLAH terhadap hambanya
yang dimuliakannya.:))






smoge kite sme2 mndpt ganjaran dripadeNYA.
akhir kata,post ini untuk diri teman dan korang smue..
diri ini hnye insan yg biase.
byk melakukan kesilapan.


ilaliqa'.................................................
ibtisam daiman ^_^








Saturday, July 2, 2011

IMAM MUDA 2

Assalamualaikum..
ape khabar korg smue? smoge korg sume berade dlm keadaan sihat dan dibwh pelindunganNYA.
haa..nmpknyer,msty korg dh thu ape yg bakal nk diceritekn oleh diri ini pade post kali ini kn? so,x perlu berkias2 lagy..mari kite same2 melihat gambar 2 org finalis imam muda musim kedua yg cukup bernas hujahnye .


dari kiri: IM Nazrul & IM Hassan
Inilah dia.....2 org finalis tersebut.untk pengetahuan smue,mereka bersama2 dgn 8 org lagy peserta imam muda musim ke-2 telah byk diuji dgn pelbagai tugasan & latihan oleh para musyid & mudir.



mereka menjalani ujian tersebut selama 10 minggu tanpa bertemu ahli keluarga. haa..tugasan yg paling diingati oleh teman ialah time kesepuluh-sepuluh imam muda 2 dibawa ke penjara  dimana banduanya akan menjalani hukuman gantung sampai mati. IM Nazrul begitu tersentuh sehingga menitiskan air matanya kerana banduan yg dia temui berdoa kebaikan untuk dirinya.
dan...pde kemuncaknya,imam muda nazrul dan imam muda hassan mendapat tugasan yang mencabar dgn diuji oleh imam besar masjid(jika x silap).
stlh diuji,akhirnye imam muda hassan ditabalkan sebagai juara imam muda 2.ermm..pade mulenye,mmg x expect yg imam muda hassan boleh jdi juare sbb imam muda nazrul punyer hujah mmg bernas.mmg x dinafikn imam muda hassan juge bernas hujahnya.tapi,sudah ketentuanNYA.teman juge stuju imam muda hassan mnjadi juare.


teman mintak maaf sbb bhse yg digunekn,skjp penuh ejaanya,sekejap x.
sorry...mintak maaf juge sbb mungkin ade mklumat yg x jelas ke..okla..slmt membaca.
ASSALAMUALAIKUM.

*ilaliqa'^_^