Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah :)

ASSALAMUALAIKUM.

rasenye dah lama tak mengepost something kat blog nih..dh lama bersawang..hehe...
ok. kembali ke title asal..salam maal hijrah..kenapa dengan title nih? 
ha...mungkin semua dah tahu yang esok merupakan tahun baru bagi seluruh umat islam..alhamdulillah..akhirnye kite masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan menjadi seorang khalifah di muka bumi ni..so,kite kene gunekan peluang ni untuk perbaiki diri kite dari semasa ke semasa..tingkatkan tahap keimanan kite kepada ALLAH..tingkatkan amalan kebajikan kite...dan sebagainya dalam mencari keredhaan ALLAH ..hrmm...sebenarnya hidup ni hanye dengan satu tujuan..iaitu..mencari redha ILLAHI..dengan mendapat keredhaan ALLAH hidup kite insya'ALLAH akan diberkati..
semoga segala amalan kebaikan yang kite lakukan sepanjang thun ini akan mendapat tempat disisiNYA..
di kesempatan ini juga teman nak mintak maaf dekat korg smue..maafkan segala kesalahan teman sepanjang korg membaca blog ni seandainya ade yg kurang senang..tersalah taip.. :)
sebelum mengundur diri nih nk bagi serangkap pantun..

assalamualaikum pembuka bicara,
salam dihulur buat korg disana,
sambutan maal hijrah disambut penuh ceria,
semoga maal hijrah kali ini membawa seribu makna.

maaf..teman x de lah pandai sgt berpantun nih..hehe...saje suke2 buat pantun sempena maal hijrah nih...

korg nk thu x makne doa akhir tahun?penuh bermakna maksud doanya..jom same2 kite hayati maksudnya.......

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


ok..setakat nih jela..semoge post kali memberi manfaat pade korg..
p/s:diri ini hanya insan biase yang x terlepas dri melakukan dosa..


"SALAM MA'AL HIJRAH"

WASSALAM.


^_^







Saturday, August 20, 2011

ALLAH MENGUJI KITE KERANA DIA AMAT MERINDU UNTUK MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA KEPADANYA.

SUBHANALLAH...............

(^_^)

Thursday, July 28, 2011

ASSALAMUALAIKUM...

hye smue.smoge berade dlm keadaan yg sihat serta dibawah perlindunganNYA.
sempena bulan ramadhan yg bakal menjelma sekejap je lagi..
disini teman mengambil kesempatan utk mengucapkn 
selamat berpuasa 
smoga ramadhan kali ini penuh makna buat kite.
teman juge igtkn diri teman dan korg smue
lkukanlh sglenya dgn penuh keikhlasan.
di dalam bulan puasa juge,kite same2 dpt
mendidik diri kite mnjdi seorang yg sabar.
puasa juge tnde keadilan ALLAH terhadap hambanya
yang dimuliakannya.:))






smoge kite sme2 mndpt ganjaran dripadeNYA.
akhir kata,post ini untuk diri teman dan korang smue..
diri ini hnye insan yg biase.
byk melakukan kesilapan.


ilaliqa'.................................................
ibtisam daiman ^_^








Saturday, July 2, 2011

IMAM MUDA 2

Assalamualaikum..
ape khabar korg smue? smoge korg sume berade dlm keadaan sihat dan dibwh pelindunganNYA.
haa..nmpknyer,msty korg dh thu ape yg bakal nk diceritekn oleh diri ini pade post kali ini kn? so,x perlu berkias2 lagy..mari kite same2 melihat gambar 2 org finalis imam muda musim kedua yg cukup bernas hujahnye .


dari kiri: IM Nazrul & IM Hassan
Inilah dia.....2 org finalis tersebut.untk pengetahuan smue,mereka bersama2 dgn 8 org lagy peserta imam muda musim ke-2 telah byk diuji dgn pelbagai tugasan & latihan oleh para musyid & mudir.



mereka menjalani ujian tersebut selama 10 minggu tanpa bertemu ahli keluarga. haa..tugasan yg paling diingati oleh teman ialah time kesepuluh-sepuluh imam muda 2 dibawa ke penjara  dimana banduanya akan menjalani hukuman gantung sampai mati. IM Nazrul begitu tersentuh sehingga menitiskan air matanya kerana banduan yg dia temui berdoa kebaikan untuk dirinya.
dan...pde kemuncaknya,imam muda nazrul dan imam muda hassan mendapat tugasan yang mencabar dgn diuji oleh imam besar masjid(jika x silap).
stlh diuji,akhirnye imam muda hassan ditabalkan sebagai juara imam muda 2.ermm..pade mulenye,mmg x expect yg imam muda hassan boleh jdi juare sbb imam muda nazrul punyer hujah mmg bernas.mmg x dinafikn imam muda hassan juge bernas hujahnya.tapi,sudah ketentuanNYA.teman juge stuju imam muda hassan mnjadi juare.


teman mintak maaf sbb bhse yg digunekn,skjp penuh ejaanya,sekejap x.
sorry...mintak maaf juge sbb mungkin ade mklumat yg x jelas ke..okla..slmt membaca.
ASSALAMUALAIKUM.

*ilaliqa'^_^





Thursday, June 23, 2011

~BUKTI CINTA RASULULLAH~

Assalamualaikum.selamat pagi,selamat petang & selamat malam.lame sudah rsenye x menge'post' something kat sini.almaklumlah..bz on the world..sbnarnye x dela bz mne pon..hehe..ok..x nk ckp pnjg agy..mari kite sme2 menghayati tjuk di atas dan petiknn forum halaqah- sentuhan qalbu  yg di bawah ini:
terlebih dahulu..marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

dalam sebuah riwayat hadis,dikisahkan ketika itu baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya.diantara para sahabat itu ada saidina Usman,Ali,Umar,Abu Bakar,dan yang lainnya.

Lalu kemudian baginda bertanya kepada para sahabatnya,"Wahai sahabatku,tahukah kalian siapakah hamba ALLAH yang mulia di sisi ALLAH?"para sahabat terdiam.
Kemudian ada salah seorng sahabat berkata"Para malaikat, ya Rasulullah!merekalah yang mulia"
Baginda berkata"Ya,para malaikat itu mulia,mereka dekat dengan ALLAH dan mereka sentiasa bertasbih,beribadat kepda ALLAH.Tentulah mereka mulia.Tapi bukan itu yang aku maksudkan".Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam.Tiba2 salah seorang sahabat kembali berkata"Ya Rasulullah,tentuah nabi!merekalah yang mulia itu.".Nabi Muhammad tersenyum, baginda  berkata"Ya,para nabi itu mulia,mereka itu adalah utusan ALLAH. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia,mereka mulia.Tetapi ada lgi yang lainnya.Para sahabat terdiam.Kemudian,salah seorang sahabat berkata"Ya Rasulullah,apakah kami sahabatmu,ya Rasulullah,apakah kami yang mulia itu?"bayangkn teman2,baginda memandang wajah sahabat-sahabatnya satu persatu alu baginda berkata"tentulah kalian mulia,kalian dekat dngnku,kalian membantu perjuanganku,bagaimana mungkin kalian tidak mulia?Tentulah kalian mulia,tetapi ada yang lain mulia.

Para sahabat terdiam semuanya.Mereka x mampu berkata apa2.lalu tiba2baginda Nabi Muhammad menundukkn wajahnya.Bayangkan tiba2 baginda Nabi Muhammad mnangis dihdapan sahabat-sahabatnya.Pra sahabat pun bertanya"mengapa engkau menangis,ya Rasulullah.?Baginda mengangkat wajahnya terlihat bagaimana airmata berlinangan membasahi pipi dan janggutnya.Bainda berkata"Wahai para sahabat-sahabatku,tahukahkalian siapa yang mulia  itu?mereka adalah manusia2 ,mereka akan lahir jauh setelah kewafatanku nanti.Mereka begitu mencintai ALLAH dan tahukah kalian mereka tak pernah memandangku,mereka tidak pernah melihat wajahku,mereka tidak pernah hidup dekat dgnku seperti kalian.Tetapi mereka begitu rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya,aku pun rindu kepada mereka.Mereka yang mulia itu adalah UMMATKU!"Bayangkan saat itu baginda menitiskan air mata semua para sahabat menangis.Tolong katakan siapakah yang dirindui baginda Nabi Muhammad??siapa yang didoakan baginda setiap waktu??
sekarang tnya pada diri kita..sudahkah kite tundukkan wajah dan pejamkan mata dan tnya ke dalam hati kite,sudahkah kite mencintai Rasulullah.??dan tolong bayangkn siapa ikon kita selama ini yg kita idamkan.
Cnta kepda manusia hnyelah smntra..tetapi cinta kepada ALLAH dan Rasulullah cinta ygkekal selamanya.SUBHANALLAH.

*kenanganlah dn selamilah ia..petikan ini diambil dripde halaqah-sentuhan qalbu..mungkin ade yg xpernh tengok pon halaqah ini..same sprti diri ini..ana menge'post' ini hnyelh smte2 hndk menyedari siapa diri kite sbnrnye.jadikn ini sbgai iktibar dan pedoman hidup..insya'ALLAH..minta maaf diatas segala kesilapan diri ini sepnjg menulis kisah ni..

Assalamualaikum...ma'as salamah...
:D
:)
^_^